Saturday

Tip Cerai Susu Badan

Bila anak yang menyusu susu ibu genap usia dua tahun, ibu pasti berada dalam dilema. Menceraikan anak dengan susu ibu bukanlah tugas yang mudah kepada si kecil bahkan ibu sendiri. Ia melibatkan emosi kedua belah pihak serta sokongan daripada suami sendiri.

Ada anak yang mudah melalui fasa ini, ada pula yang mengambil masa lama. Petua tradisional yang dicadangkan oleh kawan mungkin tidak sesuai digunakan kepada anak kita. Hanya ibu sahaja yang lebih memahami apa cara terbaik untuk anaknya.

 

4 LANGKAH WEAN OFF YANG PERLU IBU KETAHUI

 
Wean off sememangnya perkara yang sukar bagi ibu mahupun anak. Ia menuntut kekuatan emosi begi kedua-dua insan yang sebelum ini sentiasa 'bersama' tak kira di mana jua mereka berada.

Bagi ibu-ibu yang mahu memberhentikan penyusuan, pertama sekali ibu hendaklah tegas dalam pendirian ibu. Namun begitu, ibu hendaklah tidak mencederakan emosi anak tersebut. Kaedah begini ada caranya. Nanti kita akan cerita kemudian.

Berbalik kepada 4 langkah wean off tadi, dinasihatkan ibu istiqomah/konsisten semasa melakukannya.

1. Minggu 1 - Berhentikan susu di siang hari

Setiap kali si manja mahu menyusu, alihkan perhatian dia dengan memberi jus atau air masak. Buat aktiviti bersama juga amat digalakkan.

2. Minggu 2 - Berhenti menyusu di malam hari. Minta tolong pasangan menidurkan si kecil

Dalam tempoh waktu tersebut, ibu bolehlah bawa anak-anak lain keluar sebentar. Ini adalah supaya si kecil tidak terganggu dengan bunyi-bunyian dari kakak dan abangnya dan juga menangis kerana mahukan ibunya.

3. Minggu 3 - Berhenti menyusu tatkala anak bangun malam

Haa..yang ni betul-betul perlukan kekuatan emosi si ibu dan bapa. Masa ni, kalau anak tak dapat apa dia nak, confirm nangis kuat. Apa yang ibu boleh buat ialah, kentalkan jiwa, pujuk dengan nada tegas bahawa kalau anak mahu tidur dengan ibu, berhenti menangis, atau minta si bapa tidurkan anak. Jika hati tidak kental, buatlah solat tahajud kerana menurut pengalaman seorang ibu ini, dari tahajudlah beliau peroleh kekuatan mental dan emosi pada waktu itu.

4. Minggu 4 - Berilah makan di siang hari, pada minum petang dan supper sebelum tidur.

Bila perut si manja dah kenyang, takde la dia bangun tengah malam minta susu lagi.

Bagi setiap proses, sekiranya tidak berjaya, ibu buat step tersebut hingga berjaya. Yang penting, ibu konsisten. Dan doa banyak-banyak selalu.

No comments:

Post a Comment